Kuasai Python, kuasai ASK!
Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Medium: Google Meet (Online & Dirakam)
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Pengajar: Dr. Dafizal bin Derawi
Peserta: Sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran komputer (tidak perlukan sebarang asas pengaturcaraan)
Pelajar & Pengajar Sekolah Menengah/ Kolej/ Universiti
Pelajar & Guru yang mengambil/ mengajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) sangat digalakkan
Yuran: RM50/ peserta
Peralatan yang diperlukan peserta: Komputer dan internet dalam keadaan baik*
* Sekiranya peserta tiada komputer, Chromebook/ Tablet/ iPad boleh digunakan dengan syarat online python IDE (https://www.online-python.com/) boleh dibuka dengan menggunakan peranti berkenaan.
Setiap peserta akan menerima:
E-Sijil Latihan
Modul latihan berserta perisian
Rakaman video bengkel
Bengkel ini direka khas bagi memperkenalkan dan membimbing peserta dalam asas pengaturcaraan menggunakan bahasa Python secara sistematik dan praktikal. Kandungan bengkel adalah selari dengan silibus KSSM Asas Sains Komputer (ASK) di peringkat sekolah menengah serta memenuhi keperluan asas kursus pengaturcaraan di peringkat kolej dan universiti.
Sepanjang bengkel, peserta akan didedahkan kepada konsep asas pengaturcaraan bermula daripada pengenalan Python, pemasangan perisian, sehinggalah kepada pembinaan atur cara menggunakan struktur kawalan seperti jujukan, pilihan (if-else), ulangan (loop - while & for), serta fungsi. Topik-topik penting seperti pembolehubah, jenis data, input pengguna, operator, senarai (list/ array), dan pengendalian teks turut diterapkan secara menyeluruh.
Pendekatan bengkel ini adalah 70% berasaskan amali, di mana peserta akan menaip sendiri kod atur cara dan membina penyelesaian kepada masalah praktikal melalui projek-projek yang disediakan. Modul latihan disediakan dalam Bahasa Melayu bagi memastikan pemahaman yang lebih jelas dan berkesan.
Peserta akan:
Memahami konsep asas pengaturcaraan Python
Mampu menulis atur cara mudah secara berdikari
Mengaplikasikan logik pengaturcaraan dalam penyelesaian masalah
Membina asas kukuh untuk pembelajaran lanjutan dalam bidang pengaturcaraan
Jangan lepaskan PELUANG ANDA/ ANAK ANDA/ PELAJAR ANDA untuk pelaburan masa depan anda/ mereka. Daftar Sekarang (Register Now)!!!! Tempat adalah TERHAD.